Monday, May 13, 2013

Kembali Bekerja

Assalamualaikum wbt..

Hari ini saya dah kembali bekerja. Hari ini juga cukup 40 hari Adelia dilahirkan. Dah tiga hari saya tinggalkan Adelia dengan ibu & bapa mertua di Alor Gajah. Minggu ini, saya dah suami akan bawa Adelia dan tinggalkan Adelia di Terengganu dibawah jagaan keluarga disana.

Siapa yang tak sedih berjauhan dengan anak, namun disebabkan kekangan kerja dan kewangan kami suami isteri, kami mengambil keputusan untuk tinggalkan Adelia disana. Sekurang2nya dapat mengubat kesunyian ayah dan adik2 setelah pemergian ibu tercinta.

Tak susah menjaga Adelia, Adelia anak yang baik. Dia mewarisi sifat ibu saya yang suka tersenyum. Sedih juga kaki ini melangkah meninggalkan bapa dikampung. Saya menangis didalam kereta semasa berlalu meninggalkan rumah dan masih menangis sehingga hari ini.

Itulah kali pertama saya tinggalkan rumah semenjak pemergian ibu, hampir tiga bulan juga saya disana, menghabiskan hari2 terakhir kehamilan dan menemani ayah saya. Sedih bila teringat kembali, tiada lagi wajah   & tangan yang akan saya cium setiap kali pulang ke Kuala Lumpur. Tiada lagi insan yang lemah itu, bangun sedaya upaya menyiapkan bekalan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Ya Allah, rindunya pada Ma. Kau tempatkanlah ibuku di Jannah Mu. Kau tutuplah aib ibuku. Kau kasihanilah ibuku sebagaimana dia pernah mengasihani aku sewaktu aku kecil dan lemah Ya Allah.

Ma, InsyaAllah, nanti Na bawak Adelia jumpa Ma ya. Na pun rindu nak ziarah Ma.

Tuesday, April 16, 2013

Pemergian dan Kelahiran

Assalamualaikum wbt...
Cukup lama dibiarkan blog ini tanpa sebarang kemaskini. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dicatatkan sebagai peringatan diri.

Ibu saya telah meninggal dunia pada 21 Februari 2013. Saya cukup terkilan dengan pemergian beliau kerana kali terakhir berjumpa beliau adalah pada hari raya Aidilfitri pada tahun sebelumnya dan kali terakhir berbual melalui perbualan telefon, seingat saya adalah pada 28 Januari 2013. Dek kerana kesibukan, saya akui, saya jarang menghubungi beliau. Sejak hamil, beliau lah antara orang2 yang banyak memberikan tunjuk ajar dan kerana beliau tidak mampu berbual seperti biasa, saya sentiasa sedih apabila beliau menghubungi saya kerana beliau hanya mampu berbisik sahaja.

Sehingga hari ini, saya masih sedih dengan pemergian beliau. Mengetahui beliau terlalu excited dengan kandungan saya menambahkan lagi kesedihan saya.

Bermula pada hari pemergian beliau, saya mengambil cuti bersalin. Sepanjang tempoh bercuti saya menemani ayah yang baru kehilangan isterinya.

Hari berganti hari, saya masih belum ada tanda2 bersalin sehinggalah overdue EDD saya dan saya masuk wad 9 hari kemudian dengan bukaan hanya 1cm. Disebabkan telah overdue, saya telah diinduce pada hari kedua di wad. Keesokannya bukaan adalah 3cm dan doktor minta saya bersedia kerana saya akan dimasukkan ke labor room pada bila2 masa.

Masuk hari kelima di wad, saya masih belum bersalin dan tiada tandaa bersalin. Pada pagi tersebut doktor bertugas telah menghubungi staf di labor room bertanyakan kekosongan kerana saya telah overdue agak lama.

Akhirnya saya dihantar ke labor room pada jam 11.00 pagi. Perasaan saya berkecamuk dan orang yang saya paling perlukan adalah arwah ibu saya.

Akhirnya tepat jam 4.08pm saya berjaya melahirkan anak pertama saya iaitu Nur Adelia Aamily binti Zamri dengan berat 3.37kg. Rasa trauma bersalin tak dapat saya lupakan, namun melihat wajah dan gelagat Adelia, semuanya hilang.

Alangkah gembiranya ibu saya sekiranya beliau masih ada. Namun apakan daya, Allah telah tetapkan segalanya.

Cukuplah setakat ini nukilan saya. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan, namun cukuplah setakat disini.
Wassalam.

Sunday, January 20, 2013

Anak ibu, cukup-cukup 8 bulan anak ibu membesar dalam perut ibu. Ibu minta maaf kerana tak mampu memberikan yang terbaik untuk anak ibu. Dah beberapa kali keputusan hb ibu tak cantik. Ibu minta maaf ye nak.

Hari ni ibu demam. Ibu tak dapat nak gerak sangat. Ibu baring aje hari ni. Kesian abah, dia tolong lap badan ibu, tolong ambil ubat untuk ibu. Nasib baik dah ada ubat. Ibu tak larat nak pegi klinik. Ibu terpaksa menyusahkan abah.

Hari ni ibu tak buatkan sarapan mahupun makan tengahari sebab ibu betul-betul tak larat. Abah belikan nasi ayam kat kfc sebab abah mengidam kfc. Hehe.

Ibu tengah batuk-batuk. Pedih tekak ibu. Ibu nak bangun masuk bilik air pun tak larat. Ibu malas nak menyusahkan abah.

Okayla anak ibu. Ibu nak rest. Sayang abah, sayang anak ibu.

Wednesday, December 19, 2012

Pregnancy Post #005

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni merupakan minggu baru iaitu trimester ketiga. Seronoknya aku rasa, tak sabar nak bercuti. Pergerakan si kecil pun dah makin kuat dan aku pun dapat merasakan si kecil bergerak seperti berenang2 dalam perut. Haha

Suami aku pula, biasala. Dia paling excited bila tengok perut aku yang sebesar bola ni. Hahaha.

Okayla. Masa untuk tido. Good night dan assalamualaikum wbt...

Wednesday, December 5, 2012

Pregnancy Post #004

Hari ni kaki saya bengkak semacam. Macam kaki alien. Hehe. Kaki sebelah kanan pun sedikit penat dan berdenyut-denyut. Tapi mujur ada en. Suami yang rajin pakaikan saya stokin setiap malam. Yang paling best jika beliau yang memakaikan saya stokin, saya takkan tanggalkan sampai terjaga keesokan harinya. Lain pulak kalau saya pakai sendiri. Tak sampai 5 minit dah rimas dan mesti saya tanggalkan dan campak jauh-jauh.

Oklah. Masa untuk tido. Gud nite.

Assalamualaikum.
 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates